Wednesday, November 17, 2010

Nyawa terpisah dari badan..

Salam aidiladha.. Wah, raya-raya pun nak berblogging kan? Hehehe.. Itu harus.. Aku bangun tido dengan keadaan mata tak bape boleh nak buka, disebabkan malam tadi tak boleh tido.. Naik gatal satu badan.. umpama monkey, terkeruk sana, terkeruk sini.. Memang tak tahan.. Tangan gok gatai menggaru, memangla memburukkan lagi keadaan.. padan muka kan?


Di sebabkan keterlewatan itu, suami aku solat raya kat masjid kawasan rumah aku.. Umpama berada diluar negara, ramai pak arab n bangsa asing.. Khutbah pun dalam bahasa arab.. Tak kisahla kan, apa warna kulit, apa bangsa kita, dalam islam, kita semua bersaudara.. Ye tak?


Aku memang tak masak apa-apa pun pagi tadi.. Yang sempat malam tadi buat puding kastad berkuah.. Kononnya nak bawa pegi rumah mertua.. Gigih siapkan puding nak menjamu family mertua, tapi aku terlupa bawak.. Sedihhh.. Memang jadi santapan utk diri sendiri la nokkss... Mak mertua aku buat satay, kek kukus gula hangus, masak lemak lodeh.. Aku bahan satay je.. Tekak tak berapa selera, mata dah macam ikan sepat.. ngantuk yg amat...


Seronok tengok family in law aku melayan anak aku.. Laki aku plak ke surau, tolong orang lapah lembu.. Sekali sekala bermasyarakat apa salahnya kan? Merewang ramai-ramai memang la seronok.. Kalau ikutkan hati nak join sama, tapi anak kecik lagi n tak boleh tinggal sebab masih ber'gantung'.. 


Lembu, kambing, unta seme dah selamat... Rezeki Allah bagi, dapatla daging sket.. Alhamdulillah.. Tulang-tulang yang ingat nak buat sup.. Memang layan la... Kalau ada rezeki Allah, aku pun nak masuk korban juga.. Untuk satu family.. Anak pun tak akikah lagi nieh.. Murahla rezeki aku hendaknya...


p/s : tak cukup tido, kepala pening bagai nak muntah, perut masuk angin.. memang tingtong.... s



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...