Thursday, November 18, 2010

nak cantik kunun....

Aku nak cantik... Teringin jugak nak kulit cantik, gebu, mulus, tulus.. putih berseri.. Ingat surirumah macam aku nie takde nafsu nak cantik ke? Pakai make up kat rumah memang tak la.. sesak sangat rasanya.. Aku nie bukan la rajin sangat pun pakai masker ke, lulur tu ada jugak.. tengok mood.. Kadang-kadang nak jadi puteri nak manja-manja kan diri, anak dah start nangis.. Lupakan je la niat tu.. 


Tadi, sambil berblogwalking melawat kawan--kawan, aku pakai masker muka.. Lama sangat tak pakai.. Kununnya nak cantikkan muka la kan? Gigih mencari petua.. Kebetulan anak aku tido, so senang la keje.. Tapi baru pakai tak smpai 5 minit, aku terpaksa basuh muka semula.. Anak aku bangun tido tengok muka aku terus dia nangis.. Memang menakutkan tengok muka aku yang macam momok nie kot.. Aku terus pegi bilik air, basuh muka.. Tak sempat kering masker kat muka.. Tak bolehla mommy nak melawa sket.. 




gambar : google


baru pakai masker macam nie dah anak tengok.. kalau tepek bedak sejuk malam-malam? harus dengan laki aku lari...... sape nak jawab??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...