Tuesday, November 30, 2010

Malas nak cite panjang..

Orang pegi MAHA, aku pun galokss jugakk pegi.. Lautan api sanggup ku redah kononnya.. Sudahnya arinie sakit satu badan, kaki aku dah kebas-kebas.. Kalau rasa nak kurus, memang sesuai lah datang ke MAHA.. Tiap-tiap hari pegi sana, jalan naik bukit turun bukit, makan makanan yang tester tuh, memang boleh jimat dan kurus.. Ngeh3..


Tak sempat nak tawaf seme tempat, dengan gendung anak lagi.. Hari hujan.. Cuci mata dalam bangunan jek...




anak aku excited tengok belon banyak-banyak.. 
alah, belon upin ipin tu leee
setiap kali nampak belon mesti jerit..



amal khalisah : bunga apa tu mommy?
mommy : ORKID nakk
(berangan lebih, anak aku mana pandai cakap lagi?)

 nie namanya kelapa laut,
ye, sekali lagi aku jakun..
kat kampung aku takde niehh

ayam baka katanya.. gebuss kan?
kalau aku yang bela nie, harus kurus kering

rasa-rasa nak tengok sendiri pokok padi,
kat sini ada..

1st time tengok anak penyu, jakun sekali lagi
orang ramai sangat tengok nie, kalau tak aku dah rembat satu

namanya ikan kerapu harimau
aku geli... memang takmo makan kalau camnie

Bukan nie je yang ada, banyak lagi tapi malas aku nak amik gambar.. Orang ramai giler.. Kalau nak kenal barang-barang yang ada unsur-unsur ba aliff ba ya (read : babi) , nak kenal logo-logo halal yang disahkan JAKIM bolehla g booth JAKIM.. Kalau nak buka akaun Tabung Haji, cuma bayar RM2.00 jek.. Booth Tabung Haji pun ada kat sini.. Sempat la buka untuk anak ngan suami..

Macam-macam la ada kat sini.. Aku tak berkesempatan nak tengok arnab, kambing, pokok-pokok.. Tak larat nak berjalan.. Hah, makcik yang goreng pisang pastu celup tangan dalam minyak panas pun ada...

Pada korang yang nak pegi tempat camnie, lupakan je la niat nak lawa-lawa, glemer dengan kasut tinggi.. Pakai selipar jepun lagi selesa.. Jangan bawa duit banyak-banyak nanti korang perabih beli benda yang tak berfaedah.. Kat sini takde nye boleh korang nak duduk sejam dua.. Koman-koman pun setengah hari.. So, bawa bekal siap-siap (kalau nak jimat) susu anak, pampers, payung.. 


Selamat jalan-jalan la yek..Aku sakit kaki lagi nieh... 



1 comment:

mrs_zura said...

yg animal2 ni aku x tgk pong...hehe x larat nk kendong ye? aku bwk stroller tp xlarat nk dgr habib nangis:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...