Monday, November 22, 2010

Kenapa suka cium anak?

Kenapa suka cium anak?

 Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
 kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
 perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
 takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
 akan api neraka ke atas tubuhnya.
 
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
 syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
 sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
 menyukai kanak-kanak.

 Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
 daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
 Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

> Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
 tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya
 itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan . Aqrak berkata;

 "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

 Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan
 dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
 yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
 lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
 memerdekakan anak Nabi Ismail .

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
 Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
 terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab...

Jadi lepas nie balik keje sampai rumah terus cium anak.. Jangan nak cium suami/isteri dulu tau... hehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...