Tuesday, November 2, 2010

kenapa korang kene 'potong'?

Aku dah kene potong.. Potong kat perut masa lahirkan anak aku.. Aku bersalin ceaserean.. 2 hari tersadai last2 kene operate.. Kalau aku tau awal2 lagi aku dah suh operate.. Tapi seme nie kuasa Allah.. Sape la aku nak ngubah keadaan.. Aku bukan ahli nujum.. Tapi satu yg aku rugi sebab tak dapat rasa satu nikmat Allah, sakit nak bersalin.. Ada orang sanggup minta di operate nie sebab takmo rasa sakit masa nak bsalin.. Korang tau tak apa punca2 ceaserean? Meh sini aku nak share dengan korang..


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN PEMBEDAHAN CESAREAN?

Pembedahan cesarean merupakan satu pembedahan yang melibatkan beberapa lapisan pada dinding perut wanita. Lapisan kulit, lapisan-lapisan otot dan dinding rahim dibuka bagi membolehkan bayi dilahirkan melalui pembedahan tersebut.

Pembedahan caesarean terbahagi kepada dua iaitu:

* IRISAN MELINTANG - atau lebih dikenali sebagai lower segment cesarean di mana irisan dinding rahim dilakukan pada bahagian bawah rahim.

* PEMBEDAHAN KLASIKAL - irisan dilakukan menegak pada rahim.
Bagaimanapun, irisan melintang merupakan pilihan hingga kini kerana ia dapat mengurangkan kadar pendarahan, di samping menurunkan risiko rahim pecah pada kandungan yang seterusnya. Namun, pembedahan klasikal hanya diperlukan untuk kes-kes tertentu kerana ia meningkatkan risiko kehilangan darah, jangkitan kuman, rahim pecah pada kandungan yang seterusnya boleh menyebabkan kematian ibu dan anak.

Menurut Dr.
Mohd. Hashim, sejak tahun 1960- an pembedahan cesarean meningkat kerana ia merupakan salah satu langkah untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak. Pada masa yang sama, pembedahan ini semakin popular apabila timbulnya kesedaran berhubung perancang keluarga. ''Dengan penurunan kadar kelahiran, sesetengah golongan lebih menumpukan kesihatan bayi dalam kandungan,'' katanya. Tambahnya, dengan kaedah bius dan pembedahan ramai yang beranggapan bahawa pembedahan ini sesuatu yang selamat dan mudah walaupun tanpa satu alasan kurang jelas.

Namun, ramai yang beranggapan mereka yang pernah menjalani pembedahan ini perlu menjalani pembedahan yang sama untuk kelahiran seterusnya.
Sebenarnya, ia bergantung kepada keadaan ibu dan anak dalam kandungan, sekiranya tiada risiko yang berulang pesakit tidak perlu menjalani pembedahan caesarean. Dr. Hashim memberitahu, biasanya doktor akan memaksimumkan menjalani hingga tiga kali pembedahan bagi mengelakkan risiko kecederaan pada organ berhampiran seperti pundi kencing, usus dan sebagainya.
Bagaimanapun, wanita yang pernah melahirkan anak secara cesarean sebelum ini dan bercadang untuk melahirkan anak secara biasa, dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan dan rawatan tetap di hospital-hospital yang mempunyai kelengkapan lengkap.

FAKTOR YANG BERPUNCA DARIPADA BAYI


1.LEMAS
Ia merupakan salah satu indikasi paling sering berlaku.Doktor dapat ,mengetahui bayi lemas melalui pemeriksaan CTG iaitu alat yang dipasang untuk mengesan aktiviti jantung bayi.Daripada pemeriksaan jantung yang dilakukan,ia boleh menentukan bayi lemas atau tidak.-ha, yang nie kes aku la... dok sibuk2 nurse ajar camne nak push alih2 kelam kabut kene masuk OT.. potong, potong, potong.....


Selain daripada itu ia dapat dikenalpasti melalui warna air ketuban.Jika warnanya jernih beerti tiada apa-apa masalah .Namun sebaliknya jika ia berwarna kuning kehijauan cair/pekat/sangat pekat.Ini kerana najis bayi (Mekonium ) sudah pun dikeluarkan .Jika warnanya merah pula itu beerti uri telah lekang.


2.CEPHALOPELVICB DISPROPORTION (CPD)
Diagnosis true CPD berlaku kerana nisbah kepala bayi dengan tulang punggung ibu tidak sepadan akibat daripada keadaan tulang punggung ibu sememangnya kecil sejak dari azali,berpunca daripada penyakit yang menyebabkan tulang punggung kecil atau mengalami kemalangan.Diagnosis relative CPD pula ,tulang punggung ibu normal namun kepala atau atau saiz bayi terlalu besar untuk melaluinya.


3.SAIZ BESAR
Biasanya berat bayi yang melebihi 4 kg perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean kerana dia terlalu besar untuk dikwluarkan secara normal.


4.KEDUDUKAN
Apabila berhadapan dengan masalah kedudukan yang tidak normal samada melintang atau songsang ,caesarean merupakan pilihan yang paling biasa diambil oleh doktor untuk mengeluarkan bayi dengan selamat biarpun anda masih berpeluang melahirkannya secara normal.


5.PEMBESARAN TERBANTUT(INTRA UTERINE GROWTH RETANDATION ATAU IUGR)
Pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan ,sebagai langkah keselamatan ,pembedahan caesarean perlu dilakukan untuk mengeluarkan bayi bagi sebarang komplikasi kelahiran.


6.CACAT
Untuk pengetahuan anda,tidak semua ibu yang mengandungkan bayi cacat perlu pembedahan caesarean .Ia khusus untuk bayi yang mengalami masalah hydrocephalus.


7.KEMBAR
Bagi yang mengandungkan kembar dua,anda masih boleh mencuba untuk melahirkan bayi secara normal(bergantung kepada kedudukan bayi)namun ,sebaliknya jika anda bakal melahirkan kembar tiga atau lebih.


8.TALI PUSAT BERMASALAH
Bagi bayi yang menghadapi apa-apa masalah berkaitan dengan tali pusatnya ,tidak kira samada tali pusat terkeluar ,terbelit dan sebagainya ,pembedahan caesarean perlu dilakukan untuk mengelakkan komplikasi ke atas bayi.

FAKTOR YANG DISEBABKAN DARIPADA IBU


1.MASALAH KESIHATAN
Sekiranya anda disahkan menghidap darah tinggi ,kencing manis mahu pun sakit jantung yang tidak terkawal sewaktu hamil,maka pembedahan caesarean yang bakal anda lalui adalah secara elektif.hal ini kerana masalah kesihatan yang dihadapi boleh menjadi lebih buruk jika anda berhasrat untuk bersalin secara normal.


2.PEMBEDAHAN LEBIH DARIPADA DUA KALI
Maklumat penting untuk yang pernah melalui pembedahan caesarean lebih daripada dua kali ketahui ialah anda tiada pilihan lain selain melahirkan bayi secara caesarean kerana doktor bimbang parut pada rahim akibat pembedahan lalu akan koyak/pecah.


3.MASALAH URI
Biar apa pun jenis masalah uri yang dialami (plancenta praevia dan sebagainya)anda perlu melahirkan bayi secara caesarean bagi mengelakkan sebarang komplikasi sewaktu melahirkannya.


4.RAHIM PECAH (UTERINE RUPTURE)
Sekiranya anda tergolong dikalangan mereka yang mempunyai anak yang ramai ,atau pun pernah membuang ketumbuhan fibroid,anda berkemungkinan besar untuk melahirkan bayi secara caesarean kerana risiko rahim pecah.Sama juga halnya dengan mana-mana wanita yang gemar menggunakan pencetus kontraksi samada air selusuh berasaskan herba seperti genggam fatimah ,anda berisiko tinggi untuk mengalami rahim pecah lalu sebai langkah keselamatan,anda perlu menjalani pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi.


5.PROSES PELAHIRAN PANJANG
Dalam proses kelahiran ,terdapat dua fasa iaitu latern (rahim membuka sehingga 3sm)dan aktif (mula 3sm-10sm yang mengambil masa 7 jam )Jika anda melaui proses pelahiran lebih daripada 7 jam,ia dianggap sebagai proses pelahiran panjang .Jika keadaan mendesak,maka pilihan yang anda ada ialah bantuan kelahiran dan pembedahan caesarean


*sumber : google*



RISIKO PADA BAYI YANG DILAHIRKAN

Bayi yang dilahirkan melalui pembedahan ini terutama sebelum ibu merasai sakit bersalin, mengalami masalah pernafasan lebih tinggi berbanding kelahiran biasa. Keadaan ini ada kaitannya dengan kesilapan dalam kiraan jangkamasa kandungan.
Justeru, bayi ini dianggap prematur di mana keadaan ini akan mendedahkan bayi tersebut kepada jangkitan kuman di paru-paru, masalah penyusuan dan lain-lain lagi yang memerlukan rawatan di hospital dalam jangka masa panjang.

KESAN PSIKOLOGI PADA IBU

Pembedahan ini boleh menyebabkan beban psikologi dan fizikal yang lebih tinggi berbanding kelahiran biasa. Ini kerana keadaan fizikal selepas pembedahan menyukarkan keinginan ibu terbabit untuk bersama anak yang dilahirkan. Secara tidak langsung, ia boleh menimbulkan rasa marah, hampa dan tertekan kepada ibu.
Namun, sokongan ahli keluarga dapat membantu mengurangkan bebanan psikologi ini.


*sumber dipetik dari Utusan Malaysia



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...