Wednesday, November 3, 2010

Kau insan istimewa...

Korang pernah hidup dengan insan istimewa? Di besarkan dengan insan yang cukup-cukup istimewa, baik di mata masyarakat n insan mulia disisi Allah s.w.t..  Aku ada sorang adik, yg downsyndrom.. Umur skrang dah masuk 21thn.. Remaja dah pun.. Alhamdulillah, dia seperti insan lain.. Boleh menguruskan diri sendiri walaupun tak sesempurna mana, dan mempunyai keinginan seperti manusia normal..  Terus terang aku katakan, budak-budak camnie lagi 'sempurna' dan teliti.. Adik aku pegi skolah, sejak kecil lagi.. Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa, kuantan.. Ala, dekat2 dengan skolah tamil lama.. Skrang dah jadi bakery..

Mak aku hantar adik aku kat skolah tu (dlu kat depan hotel sri malaysia) since 5tahun kot.. Kalau tak silap aku la.. Dah lama sangat pun.. Sampai la skrng.. Korang bayangkan lama tak lamanye dia skolah.. Tapi aku tau, tempat tula yang paling buat dia gembira.. Bergaul dengan kanak-kanak yang sama istimewa dengan dia.. Bukan setakat downsyndrom, tapi macam2 ada.. Hyperaktif, terencat.. Macam-macamla.. Aku akui, seronok bergaul dengan diorang.. Seikhlas-ikhlas manusia, semulia-mulia manusia yang pernah aku jumpa.. Jangan pernah berasa jijik dengan diorang.. Diorang manusia suci, kurniaan Allah... Rezeki diorang murah.. Murah sangat-sangat..

Teringat satu ketika, masa aku nak kawin.. Buat persiapan nak kawin.. Adik aku yang downsyndrom nie, yani namanya sibuk jugak nak kawin.. Bgtau mak aku, kakak nak kawin.. Nak kawin dengan Budin (budak skolah dia) Masa tu rasa nak menitis air mata nie.. Aku manusia yang sempurna nie kadang-kadang tak bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan pada aku.. Bila aku dah kawin, aku balik kg, tambah-tambah dah ada anak nie, dari redup mata dia aku tau, dia juga inginkan kebahagiaan seperti insan lain.. Handfon? Facebook? Tengok wayang? semua tu takde dalam kamus hidup dia.. Dunia dia hanya dengan buku, buku dan buku.. n sibuk dengan aktiviti sekolah.. Solat, lebih baik dari aku yg kadang-kadang terleka... Biarpun bait bacaan tak sempurna kita tapi aku tau keikhlasannya...

Bila dikenang masa cepat sangat berlalu pergi, apa la akan jadi bila mak ngan ayah aku tiada lagi di dunia nie suatu hari nanti? Memang jadi tanggungjawab aku menjaga kebajikan adik perempuan aku.. Alhamdulillah, suami memahami dan dapat menerima kerana dia pernah hidup sama dengan insan istimewa.. Aku harap, adik aku dikurniakan kesihatan yang baik.. Walaupun kadang-kadang aku suka menyakat dia, bukan bermakna aku tak sayang.. Along sayang kakak.....

Pada ibu-ibu yang memiliki anak istimewa, aku memang kagum dengan ketabahan korang.. Pedulikan mata-mata liar yang memandang.. Jangan pernah padam api kasih sayang.. Sesungguhnya mereka amanah Allah yang paling-paling bernilai.. Sebaik-baik kurniaan.. Jagalah mereka sebaik mungkin.. Mereka insan istimewa......


Senyumku tak seghairah 
Gerak gaya tidak selincah 
Mataku tak seayu 
Kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati 
Juga gayaku perasaan 
Hidupku yang begini 
Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku minta 
Lahir ke dunia 
Tidak kuduga 
Cacat begini
Bukan kuminta 
Kasih dan sayang 
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman 
Kumenumpang di sudut dunia 
Mencari ketenangan 
Sampai masa ku pergi jua


 kakak dengan dekman

along, dekman, amin & kakak..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...