Tuesday, November 23, 2010

Jom masak dendeng....

Alhamdulillah, rezeki Allah.. Kenyang perut arinie.. Kangkung yang aku dok borong kat Tesco Ampang dah selamat masak, kangkung goreng.. Baru 2 ikat, ada lagi 2 ikat dalam peti, masih lagi tak layu sebab balut baikkk dengan plastik.. Yang tu tak tau nak masak apa.. Kalau masak nasi lemak, boleh la kangkung buat ulam.. hehe..


Suami aku plak tak keje arinie, amik EL sebabkan aku yang masih tak sihat.. Kaki kanan sakit, angkara jatuh bilik air.. Pastu semalam atas kecuaian sendiri, terpijak mainan anak masa kuar dari bilik (tangan penuh dok angkut baju kotor, tak nampak jalan) sekali lagi, macam nangka busuk.. Jatuh terhentak.. Mujur peha ngan 'bumper' makcik besar gedabak, takde la sakit sangat masa jatuh tu.. Tapi azabnya lepas tu la, sampaila sekarang.. Jalan pun dah macam unta padang pasir..


Memandangkan kangkung banyak, pastu ada dapat daging korban sikit dari my cousin, masa pegi tesco pun ada beli daging sket, dapat la aku masak daging dendeng.. Lagipun dah lama tak masak dendeng untuk my husband.. Memang feveret dia.. Aku tau kewujudan daging dendeng nie pun sejak kawin.. Mula-mula dengar memang aku blur.. Pastu dah tau, tolong mak mertua masak, memang senang rupanya.. So, sekarang nie tugas aku la amik alih masak untuk suami aku... Servis bertukar tangan.. Hehe..


Nak masak dendeng nie memang perlu kesabaran yang tinggi.. Tapi itula namanya cabaran.. Kalau ada sape-sape yang masih banyak daging korban dalam peti tu dan tak tau nak masak apa, meh cuba resepi nie....




masih dalam kuali lagi, tengah tunggu kering..

DAGING DENDENG (versi aku)

Daging - 1kg (ikut suka)
Cili kering - RM1.00 (ikut pedas korang nak)
Bawang merah - 500gram (lagi banyak lagi best)
Bawang putih - 10 ulas
Halia - 4 cm
Asam keping / asam jawa
Kicap manis - ikut suka
gula merah/gula putih (aku lebih suka gula merah)
garam

Langkah 1 :
Rebus daging hingga empuk, masukkan garam skali
Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia di blend hingga halus

Langkah 2 :
yang nie agak leceh sket la, 
Keluarkan daging, tunggu sejuk, hiris sedikit nipis
tumbuk daging yang telah dihiris (guna lesung batu ok)
daging yang dah tumbuk tu kemudian digoreng
jangan buang air rebusan daging

Langkah 3 :
Tumis cili kering, bawang putih dan halia yang telah di blender
Masukkan air rebusan daging
Masukkan daging yang telah digoreng
masukkan kicap, sedikit gula dan asam keping
Kacau sehingga kering
Dah kering boleh la di hidang.. Sedappp

Kalau masak betul-betul kering, dendeng nie tahan lama.. Sedap makan dengan nasi ataupun roti.. Selamat mencuba!!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...