Monday, November 15, 2010

Ini semua keturunan.....

Kalau bawa g berubat kampung nie, sure tokmoh tu kata nie penyakit buatan orang.. Ada yang dengki segala bagai.. Kalau pegi dalam keadaan perut muncit, dikatanya kita kene busung perut, walhal kita sedang mengandung.. Sememangnya 'penyakit buatan orang'.. Hehehe.. 


Aku ingat lagi masa anak aku 2 bulan, badan dia naik gatal-gatal teruk, esp kat pipi.. Pergi kat salah satu klinik kerajaan, untuk check up then tanya dktr tu pasal sakit kulit anak aku.. Sememangnya aku tau ini adalah ekzema... Dia boleh jawab dengan nada yang agak menjengkelkan 'ini semua keturunan nie? sape yang bawa semua nie?' aku rasa macam nak cepuk-cepuk je dktr pompuan tu..
Bukan nak bagi nasihat ke, nak bagi cream atau sebaliknya, tapi kata-kata umpama nak menyalahkan takdir...


Aku memang dah sedia ada asthma, resdung n ekzema yang teruk.. Sebab tu anak aku kene.. Aku tak bekerja pun sebabkan ini.. Ekzema memang sensitif.. Sakit satu badan bila gatal makin teruk.. Alhamdulillah, dengan pengalaman yang ada.. Aku tau apa nak buat.. Do and don't.. Apatah lagi anak aku tengah breastfeed nie.. Tak campur-campur..


Mujur juga anak aku ada appoinment dgn pakar paed kat hosp ampang.. So dktr-dktr nie memang layan baik.. Penjelasan yang buat aku selesa.. Takdela rasa nak hangin.. Apa yang aku boleh katakan kat sini, kadang-kadang sikap dktr tu sendiri yang menyembuhkan penyakit.. 


*haku tengah menggaru-garu, sama jugak dengan anak aku.. Apa ntah yang salah makan.. Letih makcik nak mengkaji nie.....


nanti aku cerita details pasal ekzema nie yek.. tunggu entry seterusnya.... 









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...