Thursday, November 25, 2010

Info kesihatan - Asma

Aku penghidap asthma, dulu memang teruk, masa sekolah kehadiran tak pernah penuh, setiap kali kene serangan memang perit sangat.. Nak berjalan pun susah.. Sekarang nie, alhamdulillah kurang sket.. Cuma ada masa-masa sedikit sukar untuk bernafas..

Gejala asma yang teruk
•    Bibir menjadi kebiru-biruan
•    Pucat lesi
•    Pernafasan yang laju
•    Denyutan nadi yang kencang
•    Tidak menunjukkan respons terhadap rawatan asma
•    Kesakitan yang teramat sangat

)
saluran pernafasan pesakit asma

Punca asma
•    binatang seperti lipas,bulu kucing dan burung (memang tak bela pun)
•    tumbuh-tumbuhan seperti debunga dan kulat
•    debu seperti debu rumah dan hama (no karpet)
•    pencemaran alam seperti asap rokok,bahan kimia seperti klorin dan ammonia,gas atau wap busuk (suami dah berhenti merokok)
•    ubat-ubatan tertentu seperti aspirin dan beta-blocker untuk merawat arthritis,masalah jantung dan glukoma.
•    Bahan miang sewaktu melakukan pekerjaan tertentu seperti debu kayu dan semburan sintetik
•    Alahan makanan seperti perisa tambahan terutamanya monosodium glutamate(mesej) dan sulfite(garam asid sulfur)
•    Gangguan perubatan seperti gangguan adrenal,kebimbangan,gula darah rendah,tekanan,refluks gastroesofageal(GERD),sinus atau penyakit pernafasan.
•    Perubahan suhu yang mendadak.
•    Senaman di mana sesetengah orang hanya mendapatkan asma disebabkan oleh senaman dan berbeza daripada sama alahan biasa.asma jenis ini biasanya berlaku apabila senaman dilakukan dalam udara yang sejuk atau kering.
•    Perubahan hormone di mana wanita biasanya akan mengalami turun naik dalam keterukan serangan asma sejurus sebelum atau semasa haid.
•    Tekanan perasaan atau gelak ketawa.(gelak sopan-sopan je, tak boleh galak sangat)

Merawat asma
•    Ubat kawaln jangka panjang yang diambil setiap hari termasuk ubat-ubatan antiradang seperti kortikosteroid yang disedut dan bahan-bahan kombinasi.ia mencegah gejala-gejala dan mengawal asma.Asma juga boleh dikawal dengan menjauhkan diri daripada agen perangsang.
•    Ubat-ubatan pelega yang dipanggil bronkodilator atau ubat sedut biru pantas bertindak dan digunakan untuk memberikan kelegaan yang cepat kepada gejala-gejala asma apabila terdapat serangan.

Langkah-langkah membantu pesakit di serang asma
•    Pesakit hendaklah diletakkan dalam posisi duduk dan selesa.
•    Longgarkan bajunya dan ambil pelega(inhaler) dan biarkan pesakit itu menyedutnya beberapa kali.
•    Elakkan daripada menyapu sebarang minyak kerana tindakan itu akan menyempitkan lagi saluran pernafasannya apalagi kalau ia alahan terhadap bahan-bahan itu.
•    Dapatkan pertolongan kecemasan.Jika tiada pam pelega,hantar pesakit ke klinik terdekat dengan segera.



sumber : ukhwah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...