Saturday, November 13, 2010

Hulurkan tangan, ringankan beban..

Entry nie khas utk adik Balqis.. Tersentuh hati kecil ini bila melihat penderitaan yang dialami oleh insan istimewa kurniaan Allah.. Sungguh, aku sedih.. Balqis, kanak-kanak downsyndrom mengalami kerosakan pada otak n sekarang masih terlantar di HKL..

Dipetik dari facebook Dana Khas adik Balqis

Buat tatapan insan2 prihatin..anak kpd kwn saya Siti Rahidah & Tusiran in dah 5 bln lbh terlantar di hospital(sehingga date gambar ni 6/11/2010) akibat drp kerosakan otak krn gegaran yg kuat (dipercayai akibat dr kecuaian pengasuh)..hanya sempat merasai nikmat sihat selama 4 bln sjk dilahirkan 14bln yg lalu.menerima rawatan di HKL selama 5 bln.skrg dipindahkan ke HTAR,klang.ats rasa kasih dan prihatin,saya memohon sumbangan ikhlas dr anda utk anak kecil ini bg membeli portable oksigen tank,suction machine dan pelbagai peralatan utk membolehkan balqis meneruskan kehidupan di rumah.semoga di atas kesudian kita yg x seberapa ini mampu memanjangkan lg hayat anak ini utk terus bersama ibu dan ayahnya..Sumbangan ikhlas anda blh disalurkan terus ke akaun maybank ayahnya 112110926593 M.Tusiran bin Saridin.insyaallah acct khas akan dibuat kemudian coz parentsnya blm berkesempatan dan tk pernah meninggalkan anak ini selain dr ayahnya pegi keje je..so, million thanks kpd semua insan2 yg prihatin..





oksigen n suction machine akan jadi peneman setia adik Balqis selepas ini..
Bantuan anda amat diperlukan untuk adik Balqis meneruskan hidup di bumi Allah ini..


Sayu hati melihat keadaan adik Balqis.. Hulurkanlah bantuan walaupun hanya RM1.00 jika itu yang termampu.. Sama-samalah kita panjatkan doa kehadrat Allah semoga adik Balqis kembali sembuh. Semoga kedua ibu bapa Balqis redha dengan ketentuan Allah. Sesungguhnya mereka sedang di uji..

 Bila tengok gambar adik Balqis, pasti aku teringatkan adik aku di Kuantan, dia juga downsyndrom.. Mereka insan istimewa....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...