Sunday, November 14, 2010

Deco bersama Eric..

Owh, itu cuma angan-angan.. Tang mana aku nak suh dia mendeco? Harus la bilik tido.. Ngeh, ngeh.. Cerita pasal deco nie, hajat di hati memang nak rumah cantik dan kemas.. Nampak romantik.. Selesa mata memandang.. Lain dari yang lain.. tak kisahla camne sekali pun..


Gantung sana, gantung sini.. Susun sana, susun sini.. Takde sapa nak rumah selekeh.. Memandangkan aku menyewa, memang agak terbatas la sket nak mendeco rumah lebih-lebih nie.. Yela, rumah orang.. Kalau rumah sendiri lain la kan.. Kalau pegi IKEA mesti rambang mata, ada je nak rembat.. Tapi bila tengok harga yang agak mahal pada aku, cuci mata jela.. Aku rela beli kat kedai biasa.. 


Lagi satu penghalang utk aku mendeco rumah lebih-lebih nie bila ada anak kecik.. Jangan mimpila rumah nak kemas n bersih sentiasa.. Lagi sarat barang, lagi banyak keje yang nak kene buat.. Letak pasu hiasan, kang tak pasal-pasal pecah.. Letak carpet mahal-mahal, nanti susu tumpah, makanan tumpah.. Semut sana sini..rumah aku memang dah sedia ada banyak semutsss 


Jadiknye, tak payah nak mimpi nak deco rumah lebih-lebih kalau ada anak kecik.. Hiasan seme tak penting, yang penting kekemasan n kebersihan.. Habukkk pun tarakkk..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...