Saturday, November 20, 2010

Celoteh pagi sabtu

Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu!! Seronok betul tido malam tadi.. Sejuk giler.. Hujan lebat.. Memang selesa.. Konon nak blogwalking ziarah teman-teman tapi 'panggilan' bantal lebih kuat hasutan.. Tido, tido.. Huarghhhh, mata ngantuk lagi.. Mulut dok nguap je.. Weekend macam nie memang syiok layan tido.. Menggemukkan lagi badan yang sedia gemuk nie.. Bertambah la segala lemak-lemak tepu dalam badan..


Biasanya weekend macam nie, aku banyak habiskan masa dengan suami dan anak.. Tak kisah la buat apa pun janji kualiti time dengan family tu ada.. Entry pun tak bape banyak time weekend.. Takpela kan, bagi rehat sket jari jemari.. Jap lagi nak masak sarapan merangkap lunch.. Otak tak dapat fikir apa nak masak arinie.. Ada kala surirumah macam aku nie memang akan kering idea... huhuhu


Kalau ikutkan hati, mau bermalas-malasan tapi tak boleh.. Banyak tugasan yang setia menanti.. Nak basuh baju, kemas dapur, masak, masak dan masak.. Mop lantai paling penting.. Ada anak kecik yang tengah lasak, rumah nak kene bersih.. Mujur juga perabot tak banyak... Senang sket kerja kemas mengemas nie.. Okey u olls, aku nak menjengah dapur.. Nak cari ilham apa nak masak utk hari nie.. Biasanya yang cincai tu yang sedap.. betul tak??



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...