Friday, November 19, 2010

Buku pilihan...

Aku nak rekemen satu buku nie untuk kawan-kawan, intipati memang padat, mudah difahami, bergambar dan ringkas.. Semuanya tentang fardhu ain.. Kalau nak buat hadiah atau jadikan hantaran pun memang sesuai.. Aku dapat buku nie daripada pakcik suami aku.. Dia hadiahkan pada kami masa aku mengandung.. Memang menjadi teman sepanjang aku mengandung.. Teman masa di hospital ketika menanti saat kelahiran.. Memang lengkap la.. 




Indahnya Hidup Bersyariat

Harga setiap unit (piece): RM55.00

Penulis : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid 

Isi buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekaan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munahakat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Tak rugi pun kalau beli.. Memang berbaloi..






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...