Tuesday, November 23, 2010

Bila otai mula berkata-kata...

Kata orang lama, 



  • kalau nak pikat suami, pikat perutnya dulu.. masak la tu, bukan geli-geli kan dia, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati... habistu kalau pikat isteri, nak pikat tang mana dulu? kakinya kah? tangannya kah? of cozla hatinya dulu.. Ustaz kata, pompuan nie manja, kalau suami berjaya pikat hatinya, confirm minta apa je semua dapat.. Betul, tak tipu...

Nie tips nak pikat ati pasangan korang.. Jangan la masa bcinta je nak pikat-pikat bila dah dapat terus bdiam.. Time dah kawin la seronok bcinta.. Semuanya ON je.. hehehe.. Moh kita....


Tips mengambil hati suami
  1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh
Tips mengambil hati isteri
  1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
  2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
  3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
  4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
  5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...