Sunday, November 14, 2010

Apa ada dengan bola?

Lenguh kaki berjalan petang tadi pun tak habis lagi.. Berjalan la sangat kan? Petang tadi jalan-jalan makan angin petang kat Putrajaya.. Ala, kat Masjid tu.. Amik-amik gambar, cuci mata tengok gelagat manusia yang berposing segala bagai.. Ramai pelancong asing yang datang sampai kan aku sendiri rasa macam melancong jugak.. Hehe.. 


Owh, ini cuma mukadimah sahaja.. Aku nak cerita sket la dengan korang.. Yela, skrang nie rata-rata orang pompuan suka bola.. Minat pada group2 tertentu.. Tak kisahla apa pun kan? Suami aku memang kaki bola.. Minat sangat dengan sukan.. sudah tentu la ada pasukan kegemaran kan? 


Bila kawin dengan orang yang minat bola nie, ada masa aku cuba selami jiwa orang yang minat dengan sukan nie.. Time ada game, aku mula la menyebuk, tengok skali.. Tapi aku tau, suami aku stress bila tengok bola dengan orang yg buta bola macam aku nieh.. Nak, nak time tu peberet group dia yang main.. Muka stress je bila aku soal macam-macam.. 


dialog 1 :-
aku : kenapa bola tu kuning? bukan hitam putih?
hubby : ikut musim, lain musim lain warna
aku : OoOo..


dialog 2 :-
situasi bila bola sampai kat penonton
aku : bola tu kan sampai kat penonton, diorang boleh bawa balik tak?
hubby : mana boleh, nanti kene tangkap..


si suami masih sabar lagi menjawab soalan-soalan budusss haku walaupun muka dah ketat (stress)


dialog 3 :-
aku : gol keeper kene kad kuning tak?
hubby : kad merah pun boleh dapat.....


dialog 4 :-
aku : nombor-nombor pada baju diorang tu untuk apa eh? diorang boleh pilih sendiri ke?
hubby : itu nombor pendaftaran.. letak nombor pada baju senang orang kenal.. 


aku tengok kening dia dah kerut-kerut, stress la tu.. huhuhu.. Lepas dari tu, aku terus masuk bilik, tido lagi baik.. Aku rela mengadap laptop, update blog dari tengok bola.. Sungguh aku tak faham... Apa juga yang direbutnya bola yang satu tu.. kekekeke...


p/s : mujur pasukan kegemaran suami aku menang malam tu, kalau tak memang haku dah kene bambu sebab menambahkan stress.. selamattt...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...