Sunday, November 14, 2010

Andai aku sudah tiada.....

Aku menulis berblogging bukan kerna nama.. Aku memang minat dengan dunia penulisan nie, berkarya.. Tapi aku bukan penulis cerita-cerita cinta, bukan menulis tentang manusia.. Aku luahkan apa yang terbuku di benak fikiran, untuk tatapan pembaca sekalian..


Aku boleh hidup tak tengok tv.. Pada aku takpe kalau takde tv, tapi laptop memang tak dapat dipisahkan.. Dari dlu aku suka tulis diari, tulis kisah peribadi.. apa yang terjadi.. Oleh kerana minat itulah, aku berblog.. Semuanya ilham dari suami aku.. Dia banyak bagi galakan.. Memang ini minat aku..


Aku rasa puas bila dapat berkongsi apa yang aku rasa dengan orang ramai.. Bukan utk bermegah-megah.. Sekurang-kurangnya aku tak berasa sunyi.. Aku suri rumah, tak punya teman utk keluar makan, shopping, sembang-sembang kat ofis.. Kini, hidup aku hampir terisi, otak aku dah tak tepu macam sebelum nie.. Ada saja yang aku fikirkan utk berkongsi di blog ini..


Dengan adanya blog nie jugak, aku harap suatu masa nanti setelah aku telah tiada, blog ini dapat mengubati kerinduan insan-insan disekelilingku.. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan kenangan.... Kenangan yang tak mampu di jual beli.. 


Aku sangat-sangat berterima kasih kepada semua rakan-rakan bloggers yang banyak memberi tunjuk ajar, yang sudi menjengah blog aku nie.. Followers tersayang yang sudi menemani hari-hari aku.. Silent readers yang sudi baca blog aku dalam diam.. Aku hargai setiap persinggahan korang pada blog ini..
Terima kasih sangat-sangat...


Sila beri tunjuk ajar pada aku yang baru belajar.....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...