Monday, November 1, 2010

aku dan hosp serdang...

Weekend yang memang grrr... Seronok ada geram pun ada.. Hari sabtu aku ke putrajaya.. Jalan2 dkt alamanda.. Saje cuci mata.. Perut teringin nak makan cake.. Singgah la kat 'resepi rahsia'.. Encik suami order set popia.. Aku plak cake.. anak aku? sental jek apa mommy suapkan.. Aku biasala, share la makan dengan suami aku.. Ntah tiba2 aku dah rasa tak sedap badan lepas makan popia tu.. Owh man, ada udang!! damn.. Nyata aku sangat alahan pada udang... esp udang tak fresh macam nie..

Masih meneruskan perjalanan lepas tu.. Jalan-jalan cari pasal kat sekeliling alamanda yang sekangkang kera nieh.. Masa makan malam, aku rasa macam ada yang tak kene dengan mata aku.. Hubby aku cakap mata aku dah bengkak.. Merah.. Aku tak tahan.. Badan rasa tak sedap, muka rasa cam nak membengkak.. Mulut jek tak sama macam angelina jolie.. Perut nie bgelodak semacam.. Dada rasa ketat.. Aku tekad, ajak laki aku balik..

Otw balik, laki aku ajak pegi hosp serdang.. Sebab tu hosp yang aku akan jumpa otw balik rmh.. Mula-mula memang aku taknak.. Aku rela ke hosp ampang.. Tapi tengok muka hubby dah muncung, aku ubah fikiran, kami ke hosp serdang jugak..

Aku sedikit bengang la dengan hosp nie.. Sebabnya :

  • Hosp nie luas, park kete memang jauh la...
  • Aku sampai2 dengan keadaan muka bengkak, nafas dah sesak.. even takde bunyi asthma.. takde sorang pun yang layan..Mana perginya pegawai2 perubatan yang lain?
  • Dah check, diorang kata ok.. tapi aku nie rasa cam nak mampos.. dengan hidung tak blh nafas.. badan tak sedap.. organ2 dalaman cam bengkak.. dada sakit.. aku cakap pun diorang kata tunggu dktr check.. Fine, aku tunggu..
  • Dekat satu jam aku tunggu kat situ, no tak bgerak2... Aku makin tak sedap badan.. Menjadi2 dah nieh... Anak aku plak bangun dari tido.. Menangis nak nyusu.. Aku tengok kat situ ramai la mak2 orang yang bawa anak pegi hosp.. Rata2 nyusu badan.. tapi NURSING ROOM pun takde!!! habis? nak netek anak depan jantan2 kat situ? nak suh diorang stim kott?? geram betul....
  • Laki aku bgtau jugak kat pegawai perubatan kat tmpat saringan tadi yg aku tak tahan.. dada sakit.. Ok, dia check.. Amik tekanan darah.. Pastu aku kene inject.. 'kak, sya akan bagi injection tapi akak kene tahan sket la.. sebab mengantuk..' haku : lpas nie boleh balik ke? dia : tak, kene tunggu dktr, kejap je nie....
  • Fine, lepas kene inject, tangan aku jadi cam kebas.. lenguh giler.. Aku tunggu lagi... aku rasa dah 3 jam aku kat sini.. tapi no tak bgerak2 lagik... orang makin ramai.. dengan keadaan mata aku dah ngantok.. lalok lagi.. anak aku merengek nak nyusu, aku tekad, ajak laki aku balik.. Apa nak jadi2 la.. tawakal jela.. kalau keadaan makin teruk, aku ajak je suami aku g hosp ampang...
Memang aku takkan datang dah kat hosp nie.. Aku rela meredah tol asalkan dapat treatment kat hosp ampang.. Walaupun ramai at least aku tau, no bgerak.. And kesan dari ubat semalam, tangan aku masih lenguh2.. dan aku masih lagi lalok sampai skrang.. Keje nak membutaaa jek....

p/s : maafla pada pihak2 yang berkenaan esp yg keje kat hosp serdang, aku hanya meluahkan ketidakpuasan hati..

1 comment:

LiErOSe~QiEmi said...

la yeke??? teruk erk hospital tu.. 3 jam??? ok lagi hospital klang klu camtu..at least no bergerak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...