Friday, October 1, 2010

Nak bagi anak makan apa ye?

Aku nie kadang2 blur tak tau nak bagi makan apa kat anak aku.. Yela kan, 1st child, takde pengalaman sangat.. Seingat aku masa aku jaga adik aku dlu, arwah nenek aku selalu bagi makan pisang.. Masa aku kecik2 dlu pun sama jugak.. Since anak aku nie dah 8bln lebih, makan pun dah berselera, bubur2 nie pun dah kureng la.. Apa yang aku makan, tu jugakk la dia nak makan.. Tak kisah la apa pun.. Even makanan tu agak pedas sket, dia buat muka derk jek.. Hadoi, takut jugak aku kalau2 sakit perut tapi so far syukur alhamdulillah setakat nie tak bawa masalah.. Bagus anak mommy... Hmm, aku saje2 google pasal bab2 makanan bayi nie ikut peringkat usia, nie la yang aku dapat share ngan para ibu...

Umur : 5-6 bulan

Tekstur makanan : Puree halus


Minuman : Susu Ibu 5x sehari


Makanan : Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga


Elakkan : Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang.






Umur : 6-8 bulan


Tekstur makanan : Puree sedikit kasar


Minuman : Susu ibu /FM 4x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan


Makanan : Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang


Elakkan : Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin(sardin), organ dalaman haiwan.






Umur 8-9 bulan


Tekstur makanan : Lenyek atau kisar


Minuman : sama seperti 6-8 bulan


Makanan : sama seperti 6-8 bulan


Elakkan : sama seperti 6-8 bulan






Umur 9-12 bulan


Tekstur makanan : Cincang


Minuman : Susu ibu /FM 3x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan


Makanan : Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, produk tenusu dan telur


Elakkan : Telur putih, cili, kerang-kerangan, garam dan gula(sedikit sahaja), organ dalaman haiwan dan lemak.






Umur 12-18 bulan


Tekstur makanan : Cincang


Minuman : Susu ibu /FM 2x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan


Makanan : Sama seperti keperluan seluruh ahli keluarga


Elakkan : Telur mentah, cili dan kerang-kerangan

Lain budak lain la seleranya, dalam masa yg sama aku pantau jugakla makanan yg aku bagi kat anak aku tu.. Takdela semua benda aku sumbat kat dia.. Risau plak jadi apa2.. Kalau suap pun sekadar nak bagi dia rasa.. At least aku dapat kenal pasti apa yg dia boleh makan n tak.. But, telur memang aku elakkan.. Setakat nie menu yg aku selalu bagi dia makan, bubur nasi +kentang+lobak+ikan bilis.. Memang dia akan makan banyak.. Pastu kalau nasi lembik dengan kicap, laju je.. Hadoii.. bagus la yayang mommy nie.. senang nak bawa pegi mana2... hehehe...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...