Tuesday, October 12, 2010

Jualan murahhhh....

Aku memang rajin ke TESCO, biasanya utk beli barang2 kering n sayuran je.. Ada masa beli la jugak barang-barang basah nie, tu pun tengok keadaan... Walaupun dekat dengan rumah aku nie ada giant, tapi aku tetap akan ke Tesco, kadang-kadang je kalau malas nak menapak jauh n nak beli cuma satu dua barang, kami akan ke Giant.. Aku ada Tesco club card so apa guna ada card kalau tak kumpul mata ganjaran? Sekurang-kurangnya nanti dapat kupon blh guna saat sesak... Kihkih..

Biasanya aku akan ke Tesco, sebelah malam dekat2 nak tutup.. Saje-saje cuci mata.. Orang masa tu dah tak ramai.. Jalan pun tak bape nak sesak sangat.. Aku selalu dengar orang dok cakap pasal tag kuning..  Aku nie dungu sket, tak tau apa yg dimaksudkan dengan tag kuning.. Dahla tu, berat mulut nak bertanya.. So, nak jadi kisah, satu malam tu, kebetulan ke tesco agak lewat.. Sampai ke tmpat barang-barang basah nie, aku tengok orang dok ramai berkumpul menghadap kaunter... Aku tak kisah la.. Masing2 macam tunggu masa nak masuk tengok wayang je.. Aku nie dengan tak pedulikan sekeliling, amik plastik pastu pilih la daging n udang-udang kat situ.. Pelik jugak sebab aku je yang buat camtu, orang lain sekadar memerhati.. Dalam hati berbisik, 'apala yang diorang nie tunggu sebenarnya?'...

Sekali, mamat yang tukang potong ayam n siang ikan tu kuar bawa bakul besar.. Aku nampak masing2 dah macam nak start blumba.. Bila bakul tu cecah je ke lantai, perghh.... Hakak-hakak, makcik-makcik, habang-habang nie yg sedari tadi cun posing, seme lari berebut ke benda alah dalam plastik tu.. Aku dengan penuh tanda tanya, g la skodeng... Licin!!! Dah takde apa2 yg tinggal... Aku tengok dalam troli masing2 penuh dengan ikan, udang, ayam.. Semuanya Tag kuning... Ada la perbezaan harga sebelum n selepas... Katakan ikan bawal 3 ekor tu dalam RM10lebih, (harga asal) lepas tag kuning dapat la dalam RM3lbh.. cam gitula..
Memang dapat murah-murah.. Yela, sebolehnya mereka nie berjimat cermat.. Dengan keadaan taraf hidup yang tinggi kat KL nie, tak semua orang mampu hidup n makan dengan mewah..  Atleast dengan cara nie dapat la kurangkan beban kewangan..

Cuma satu je la aku tak bape setuju, kalau betul nak jual pada orang ramai, dengan harga yang murah, please la jual barang-barang yg berkualiti.. Nie ada yang aku perhatikan, daging ayam dah tukar warna biru, masih ada yg beli, ikan dah pecah perut, dah rosak, masih ada yg beli.. Nie bab makan kottt, janganla smpai camtu sekali kan.. Nak bagi makan anak bini.. Ish, tak smpai hati la.. Sekarang nie, aku kalau ke tesco adegan2 berebut nie memang satu aktiviti yang wajib ditonton.. Cam seronok la plak.. Hehe.....


**sumber : pakcik google**

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...