Monday, October 18, 2010

Alhamdulillah.....

Awal-awal pagi lagi aku dah minta suami aku amik emergency leave.. walaupun hakikat kene potong gaji sebab cuti dah habis.. Anak aku demam lagi, badan panas.. Suara pun serak-serak basah... Selera makan makin berkurang... Kalau dihitung arinie ari ketiga anak aku demam.. Risau wehhh.. Mak mana tak risau kalau anak dia sakit.... Lepas breakfast aku ajak suami aku pegi Hospital Ampang, terus ke emergency.. Masa sampai, pegawai kesihatan tu check anak aku, suhu badan sikit menurun, 37.4c je.. Ye la, subuh2 ari aku balut dengan lampin, malam tadi makan ubat, kebah la sket kot.. Aku tetap tak puas ati.. Tetap nak bawa anak aku jumpa dktr.. Sampai giliran kami, dktr tengok anak aku aktif sket, suhu pun panas sket cuma tekak merah... Untuk sementara nie, dia cuma bagi ubat demam, antibiotik n ubat titis utk tekak.. Aku senang hati bila dktr tu cakap tak perlu tahan wad... Cuma perlu pantau suhu badan dia selalu.. Fuhhh, syukur alhamdulillah aku lega.....

Balik dari hospital ampang dalam kul 3pm, singgah rmh mertua.. Mandikan anak, bagi makan ubat pastu paksa dia tido... Takde maknanya dia nak tido kalau ada geng bermain.. So far lepas makan ubat demam n antibiotik yang hosp bagi, nampakla perubahan sket.. Anak aku aktif, panas badan pun kurang, cuma part nak menelan tu susah sket.. Aku tau, dia sakit tekak.. Ubat titis dah letak, sambil2 tu bagi banyak minum air masak..  Aku harap2 demam dia baik.. kesian anak aku.....

p/s : walaupun demam, ligat gak nak bermain.. budak2 nie tak tau penat ke ek?

1 comment:

LiErOSe~QiEmi said...

memang susah ati sgt kalau anak demam kan...klu dia aktif ok lagi.. tapi kalau diam je.. lemah je, lagiii tak sampai ati nengok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...