Wednesday, October 20, 2010

9 bulan.........

Cepat betul masa berlalu, anak aku dah 9 bulan dah.. aku tak kurus-kurus jugak...  Rasa bangga pun ada, puas hati, bertuah, macam-macam ada, dapat besarkan anak dengan tangan sendiri.. Tengok anak besar depan mata sendiri.. Memang pengalaman yang tak ternilai!! Gelagat budak kecik nie makin menjadi-jadi.. Memangla, betul kata orang, budak-budak nie penyelamat keadaan.. Boleh jadi sejuk ati bila tengok dia.. Penghibur hati, penawar duka, macam-macam la..

Aku nampak skrang anak aku sangat suka pada buku.. Kitorang belikan dia buku jawi, aku rajinla bacakan buku tu kat dia, lepas aku baca aku bagi kat dia mesti dia plak yang baca.. Haruslakan ada la sket bunyi2 jawi bila baby 'bercakap'.. Biarpun dia sebut baba,tata,dada.. Aku dah bangga dah... Sejak jadi mak orang nie, aku sensitif lebih.. Anak aku dah pandai nak bsembang, pandai nak bcerita dalam bahasa jerman pun aku dah nangis.. Dia pandai tepuk tangan pun aku dah sebak.. Haish, emosi betul.. Seronok nokkss tengok perkembangan anak nie..

Kalau bab2 merajuk nie tak payah cite la, memang ikut aku.. Lagi satu, time daddy dia nak pegi keje, dah pakai smart2 sedangkan mommy hanya berkain batik, kadang2 pakai baju kaftan lagi, anak aku memang nak kat suami aku, takdenya dia nak pandang mommy yang selebet nie... Lepas nie kene la aku pakai cantik2 siap make up bagai ddk kat rmh.. Anak pun nak... hehehe..

Lagi 3 bulan nak ckup setahun, dan lagi 3 bulan aku nak mencecah usia 27tahun.. So, daddy.. Sila la simpan budget awal-awal utk hadiah harijadi kami.. Takde pakej2 je, kami nak sorang satu.. Ngeh,ngeh,ngeh....


1 comment:

mrs_zura said...

beb..nnt wat besday besar2an k..

*aku tag kau GA..sila terjah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...