Friday, September 3, 2010

Opocot.......melatah la pulak....

Hello, hello, hello.. salam siaran utk semua bloggers yang setia mengikuti blog mommy.. chewahh.. cam glemer je makcik nie kan? haha.. Mommy saja2 nak sembang kosong dengan kawan2 mommy.. Manala tau kan kot2 ada yang  boleh di kongsi, bukan la mommy nak nasihatkan kawan2 mommy, tapi juga untuk peringatan buat diri mommy yang serba serbi kekurangan nie...

Hidup kita kat dunia nie tak penah lekang dari segala masalah.. serba serbi masalah.. dari sekecil kuman, sampaila sebesar dinasor   gajah. Mommy yang ddk kat rumah nie pun ada masalah tau.. Even bukan masalah dengan paperwork, tapi masalah2 lain..Tak tau nak masak apa pun kira masalah jugak okeyh! Bukan senang tau jadi surirumah nie... Saya budak baru belajar cik jahhhhh...  Banyak yang kurang..

Satu lagi masalah yg memang susah la kita nak bendung... Mulut orang.. Mulut orang yang suka cari kesalahan kita, apa yg kita buat serba serbi tak senang dipandangan..Kalau benda yang dikata, diumpat tu betul, mommy  boleh la terima pakai.. Tapi bila benda tu tak betul, rasa nak hangin pun ada kan? Grrrrr... Cam istillah sekarang, mulut longkang aka mulut puaka,.. Astagfirullahalazim... Ada je benda yg nak disibukkan.. Amik kisah anak orang tu bkawan dengan sape, bila kawin, orang mana, bape hantaran, belajar kat mana, apa kerjanya.. Segala macam la... Nak sebut pun malas la....

Pada mommy, masing2 ada masalah masing2.. Tak salah utk kita amik berat, menghulurkan bantuan mana yang perlu tapi bukan bermakna kita kene jaga tepi kain orang... Peringatan untuk diri sendiri jugakkkk.... Lagi satu, biarla orang nak mengata kita ke, nak mengumpat kita ke, nak cari salah kita ke whatever, sebab pada mommy orang tu memang tak de keje.. Anggapla dia jeles kat kita.. Cemburu dengan kita, sayang kita la kot... Hehehe.. Kita nie tak hidup dek puji orang, tak mati dek kerana kita dikeji.. Apapun yang mendatang, terima dengan hati terbuka.. Belajar untuk senyum.. Hadapi dengan senyuman...

Sepanjang 26 tahun mommy lahir ke dunia nie, dah macam-macam dugaan datang pada mommy.. Serius, besar sangat dugaan untuk mommy.. Pernah satu tahap mommy rasa macam putus asa je nak hidup, tak bersemangat, macam2 la.. Tapi iman masih lagi ada didada, mommy anggap semua nie satu ujian buat mommy.. Sesungguhnya Allah sayangkan hambaNya, sebab tu Allah turunkan dugaan buat kita, nak tengok sejauh mana tahap kesabaran kita, redha kita.. Manusia belajar dari kesilapan, belajar dari pengalaman..

Pengalaman membuatkan kita matang, pengalaman membuatkan kita lebih berhati-hati menguruskan kehidupan, pengalaman jugalah guru sebenar kehidupan.. Kita takkan jumpa semua nie dalam buku.. Mommy jadikan semua dugaan ini sebagai penguat semangat mommy, untuk mommy bangkit semula,  untuk mommy jadi lebih tabah dalam hidup..
Kalau kita fikir kita susah, ramai lagi orang kat luar sana lagi susah dari kita.. Kalau kita fikir apa yg kita ada nie tak cukup, kita silap, tak semua orang ada apa yang kita ada.. Bersyukurlah dengan setiap yang Allah kurniakan kepada kita..

Oleh sebab tu, apa-apa pun yang terjadi pada kita, jangan cepat melatah, jangan salahkan takdir, jangan salahkan sesiapa.. Cuba kaji dimana silap kita.. Hentikan sikap menunding jari pada sesiapa, sekali skala muhasabah diri.. Semoga kita tabah menghadapi hari-hari esok.... Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, yang kurang itu datang dari kita mommy...

Mommy sayang semua.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...