Saturday, August 7, 2010

Sungguh kurang sopan ko yek!!

Gini citenya... Petang tadi, cam biasala aku pegi pasar malam kat Bangi dengan husb n anak aku.. Memang aktiviti wajib setiap minggu.. Beli barang-barang dapur untk seminggu.. Biasanya aku pegi dah lewat petang tapi arinie pegi awal sket.. Orang pun tak ramai lagi, gerai-gerai pun kebanyakan baru nak buka..

Masa aku jenjalan cuci mata survey-survey sayur apa yang nak dibeli, aku terrnampak la ada sorang mamat nie dengan tak pakai bajunya, dok menghimpit ke tepi lori.. Ala, kat celah lori antara kepala lori ngan badan tu.. Kan ada lubang kat situ kan? Aku nie dok perati la, sebab mata aku rabun, so pandangan tu cam serong sket sambil kerut2 dahi.. Apala mamat tu buat kat situ? Aku tak kisah lagi, teruskan perjalanan ke gerai-gerai sebelah sambil memikir apa nak di beli.. Then bila patah balik ke gerai tadi, kununnya nak beli sayur, aku tengok mamat masih bhimpit kat celah lori n masa aku tengok-tengok sayur, mamat tu zip seluar dia n kembali pegang sayur.. Kurang asam, ko kencing celah lori tu rupanya!!!

Huh, panas hati aku.. Terus tak jadi nak beli sayur kat situ.. Tobat, aku takkan beli kat tempat ko!!! Pengotor.. Suka-suka ati ko nak memancut sana sini kan? No wonder la sayur ko laku n ramai orang datang.. Gini caranya ko mandrem yek!! NATES betul..... Ggggrrrrr......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...