Wednesday, August 18, 2010

Halal tak halal...

Biasanya time-time ramadhan nie orang dok sibuk mengatur jadual kat mana tempat berbuka yang best.. Hotel mana yang class.. Hotel mana yang ada buffet line berbaris-baris.. Kambing golek, kambing gulai, segala bagai ada.. Berebut-rebut orang datang, buat tempahan.. Silap-silap dalam planner tu sebulan penuh.. tempat-tempat untuk berbuka.. Esok pegi office, mula bercerita..(bukan kisah benar)

cik tipah :cik jah.. hotel nun lauknya sedap.. kambing licin tinggal tulang je.. lauk ada la dalam 60 jenis.. tu baru lauk cik jahhh.. belum yang lain2.. aku ingat nak tapaw jek, tapi nak jaga 'class' terus tak jadi..
cik jah : 'sedap la cik tipah makan kan? semua ke rasa?' 
cik tipah : tak la, aku kan diet, mana boleh makan banyak-banyak..rasa sket2 je.itu pun penuh perut.. macam nak tercabut korset aku nie ha..
cik jah : mahal ke cik tipahh oii... beruntung ko yek dapat makan tempat class gitu..
cik tipah : boleh tahan la.. tak mahal mana pun.. ada la dalam RM80 hengget satu kepala.. (dengan bangganya) ko cik jah, bbuka mana semalam?
cik jah : RM80 hengget tak mahal ko kata? kalau setakat makan sket je baik la ko beli juadah kat bazar..  membazir jekk.. aku semalam bbuka kat rumah dengan anak-anak.. ada masa je aku bbuka dengan family kat masjid.. lepas tu boleh tarawikh terus.. meramaikan rumah Allah..

Buat apa membazir duit? kalau setakat makan secubit? Lagi satu, aku tengok aduan rakyat tadi.. pasal status halal nie la.. tak banyak tempat dapat pengesahan halal yang SAH dari pihak JAKIM... dalam kitchen takde sorang pun tukang masak islam, sijil halal pun sijil BELI.. ada yang dah tamat tempoh.. Jangan korang tengok sebab dalam restoran tu ada orang islam, orang melayu, ada je tulisan jawi, ayat2 alquran, korang dah terpedaya.. Haku sendiri sekarang nie kalau nak makan kat luar pun tengok kedai dlu.. Kalau rasa ragu-ragu memang la aku tak masuk.. Biasanya kalau makan pun, KFC, McD ngan kenny rogers.. Tapi since ddk rmh sendiri nie, masak sendiri lagi best..

Pada mereka-mereka yang jenis suka sangat mengatur tempat kat hotel-hotel untuk berbuka.. berwaspadalah.. jangan fikir nak makan mewah jek.. ingat, apa yang korang makan tu la mengalir dalam darah daging korang... Nak tahu lebih lanjut, rajin-rajinla layari portal web rasmi HALAL

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...