Wednesday, August 4, 2010

amal khalisah & walker barunya

Amal Khalisah dah ada walker... Beli yang murah je, RM25.00 kat tesco.. Kedekut tak mommy & daddy? Bukan kedekut tapi kami tau, benda nie bukan pakai lama sangat.. sekejap je.. Nak tunggu adik Amal Khalisah lambat lagi jawabnya.. hehe.. Melalut sudahh..

Mula-mula amal naik memang la dia dgn muka pelik cam nak tak nak je gerak.. Aku seronok tengok gelagat dia dalam walker tu.. Excercise kaki.. bagi kecik sket drumstick tu.. hehe.. Memandangkan anak aku nie dah makin lasak, memang kebanyakan masa dia letak dalam walker.. Meja makan pun dah tolak tepi.. Naahhhh, ddk la ko nakkk dalam walker tu main puas-puas..

Sekarang dia dah pandai, ke mana aku pegi mesti ikut belakang.. Kalau dia malas nak gerakkan kaki, hanya perlu berpaut pada seluar aku dan angkat kaki... Jadi walker tu bergerakla dengan sendiri.. Panjang akal betul budak nie.. Apa yang aku suka sangat, sejuk ati aku bila dia setia menemani aku tak kira la kat mana aku berada.. Kalau satu jam aku kat dapur tu, satu jam la dia dok tunggu dalam walker.. tengok apa yang aku buat.. Even aku nak uk-uk, dia tunggu la depan pintu bilik air.. Selagi aku tak kuar, selagi tu dia dok tunggu..

Seronok tengok perkembangan dia, bila aku panggil nama penuh mesti dia berpaling.. Panggil singkatan2 nie jangan harap nak pandang.. Nak makan ubat pun senang, tak banyak ragam.. Makan pun tak memilih.. Lebih prefer makan bubur nasi dari nestum.. Simple je ye menu amal khalisah.. Badan anak aku dah susut sket, tak macam sblm nie.. Mungkin sebab dia dah makin lasak.. Banyak senaman.. Tunggu je masa dia nak merangkak, sure haru aku nanti..

Hmm, kalau cite pasal anak aku nie smpai subuh tak habis2.. Kita sambung lain waktu ya..

leka dengan mainannya...



mainan dah jatuh, camne nak amik??

mommy sayang kamuuuu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...