Monday, August 23, 2010

Alamak, gas habis!!!!

Hahaha.. aku kira nasib aku baik arinie.. Kebetulan ada plak tetamu datang rumah, adik aku la bukan orang lain pun.. Tapi nie kira 1st time dia datang rmh aku sejak aku pindah.. Menu buka puasa sangat simple, nasi ayam, tauhu sumbat, buah tembikai susu, sirap bandung soda.. Aku start masak dalam kul 4 lebih... Dalam kul 6.30ptg seme dah siap, ayam pun dah siap bakar...nasi pun dah masak..bubur anak pun aku dah siapkan awal2.. cuma nak panaskan sup je.. Dalam kul 7, aku dok panaskan sup, tinggal jap pegi kat meja.. Atur pinggan n juadah.. bila pegi semula kat dapur, tengok api dah padam.. huhuhuhu... Gas habis!! Cepat2 bgtau encik suami.. Ye la kan, nanti camne nak masak sahur nanti?? Tak sampai 15minit, orang kedai datang hantar gas.. Legaaaa sket ati aku...

Lepas berbuka, lepak2 jap.. takde kisah la nak pasang gas sebab bukan nak masak lagi kan? perut dah kenyang, memang takde kisah nak sentuh dapur... Adik aku balik, aku ngan encik suami n anak kuar singgah rmh cousin, hantar kuih2 yg dah selesai.. Masa on the way balik rmh, aku cakap kat suami aku, sahur nanti aku nak makan roti je.. Dalam kepala otak nie nak makan roti n mushroom soup, biarla suami aku habiskan nasi.. Lauk pun tak bape banyak..

Sampai rumah, teringat nak panaskan bubur anak, minta tolong encik suami pasangkan gas... Dengan tekun encik suami terangkan kat aku camne nak pasang kepala gas.. Aku bukan tak tau tapi takut sebenarnya.. Tiba-tiba!!! Alamakk, kepala gas plak rosak....!!!! Jam dah kul 12lebih.. Mana nak cari kepala gas malam2 buta camnie? Kedai seme dah tutup.. Tesco pun dah tutup.. Esok sahur makan meggi je la.. camne nak masak? Encik suami pegi keje, haku ddk rmh sampai petang dgn anak.. Balik keje baru la dapat beli kepala gas.. Habis tu bbuka nak masak apa? Sempat ke? Haruuuu.............

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...