Wednesday, July 7, 2010

Kuantan yang HOT..

Rasanya dah lebih dari 10 kali aku menguap, mengantuknya... Tapi malas nak tido.. Malam tadi cuaca mmg panas.. Bahang.. Nie la akibat bila dah biasa tido dalam aircond, padan la muka aku kan? huhuhu... Aku tak kisah lagi dgn cuaca panas macam nie, selain merentungkan kulit aku yang dah sedia ada rentung, boleh juga la aku ber'sauna' dalam bilik nie kan? boleh kurus ke? sama je rasanya..


Cuma aku kesian kan anak aku je, panas sket, bpeluh, mula la ekzema dia naik.. Merah-merah satu badan, pipi dah naik merah, gatal-gatal.. Pasang kipas pun sekadar syarat membazirkan elektrik.. As a mommy yang sayangkan anak sangat2.. (sape x sayang anak cik jah oiii..), berkorban la sket kan? Basahkan kain, lap satu badan dia, baru la lena tido.. Jap lagi, garu sana garu sini.. Aku lap lagi badan dia.. Sangatla kesian kan?  Dari awal dia tido sampai la ke subuh tadi bila cuaca dah mula sejuk, mata aku pun dah naik rabak, baru la dapat aku lelapkan mata since anak aku pun dah tido lena..


Mujur juga la anak dara aku nie jenis tak meragam sangat, merengek sket2 je.. Baiknya anak mommy.. Memang senang nak jaga.. Aku sedar-sedar dah tengahari rupanya! OMG, sangat la tak senonohkan bangun lambat??? haha, ada aku kesahhh? Cuti-cuti Malaysia maaa... Jeles dgn anak sendiri, tido lena berguling sana sini.. boleh gitu?


Aku pun nak ajar anak aku supaya tak mewah sangat, hidup sederhana, tak ada aircond tak semestinya tak boleh hidup kan?? Sekali skala biasakan diri dengan panas dunia kan bagus... Ini baru panas dunia, panas akhirat? mana nak cari aircond??? Fikirla sendiri ye...... ( sambil meletakkan tuala basah ke atas muka sendiri )

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...