Tuesday, June 29, 2010

..puding roti kukus..

hari nie mommy merasmikan kukus yang baru mommy beli...

hehe, tu pun puas pujuk hubby..

kalau tak guna nanti sia-sia la kan..

mommy nak kongsi resepi puding kukus dgn u olls..

mommy main campak2 je apa bahan yang ada kat rumah nie.. hehe

selamat mencuba ya u olls...

Bahan-bahan :-

8 keping roti

1/2 tin susu cair

3 sudu besar susu pekat

1 cawan gula pasir
(ikut citarasa masing-masing, kalau nak manis tambah lagi)

1 biji telur

3 sudu besar butter

1 sudu teh asen vanilla

Caranya :

Carik2n roti, kemudian rendam dalam air suam

Pukul telur, gula, butter sampai kembang

Masukkan susu cair, susu pekat manis dan asen valina

Kacau sampai sebati

Tuang campuran bersama roti ke dalam bekas

Kalau nak sedap lagi, taburkan kismis, kacang berselang dgn roti

Kukus selama 45min-1 jam..

Keluarkan dan tunggu sampai puding sejuk, masukkan ke dalam peti ais..

Kalau yang minat karamel, sblm tuang bahan2 ke dalam bekas kukus, cairkan gula sampai hangus..

Mommy dah cuba, alhamdulillah menjadi..

Simple je..

Tak perlu runsing2.. Kalau yang minat bakar pun boleh cuba resepi yang sama cuma bezanya masuk dalam oven.. Mommy baru pindah rumah, so tak ada oven.. Guna la apa yang ada... Mommy tak dapat nak upload gambar, bateri camera habis la pulak.. huhuuhu...


Selamat mencuba ya u olls......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...