Wednesday, June 23, 2010

..alahan ekzema..

u olls pernah dengar pasal ekzema? huhu.. mungkin ada yg pernah dengar n ada yg tak tau apa itu ekzema..
ekzema nie macam radang kulit juga.. ala-ala ruam gitu... biasanya kalau individu tu ada alahan such as sinus or asthma, risiko orang tu nak dapat ekzema mmg la tinggi, contoh cam aku.. huish, gatai oooo....
so, kalau penghidap asthma or ekzema nie pegnen ( of coz la pompuan kan ), peratusan bayi dalam kandungan utk sama mendapat penyakit tu mmg tinggi..

Contoh cam anak aku la.. (sian anak mommy ) Ku sangkakan ruam susu, rupanya ekzema.. Sangatla kesian..
Orang kata orang yg ada ekzema nie maintenance tinggi.. hehe.. bukan sebarangan benda dia boleh pakai.. baik dari segi mandian, alat kosmetik, pencuci.. tak kene gaya boleh kopak poket.. Huish, ekzema nie gataiiii ngat. aku yang dah tua bangka nie pun tak leh tahan.. apatah lagi bayi yg masih kecil nie.. dok tgaru sana, tgaru sini..

Mujurla aku tak keje, at least aku blh pantau apa yg dia alah.. Bukan mudah nak jaga budak ekzema nie.. Rumah pun nak sentiasa bersih dari habuk.. ( Hubby aku cakap aku obses sama MOP, asyik nak mop lantai je.. ) harusla, nanti berhabuk camne?? sian anak.. Cadar pun kene kerap tukar..

Oleh sebab anak aku masih lagi breastfeed, lagila aku kene jaga pemakanan.. Tak boleh main hentam kromo je nak telan.. (Kadang2 kalau teringin sangat tu makan jugakkk.. Sangat degil kan aku nie? ) Okla, intro punya la panjang pasal ekzema nie sedangkan aku bukannya pakar sangat.. hehe.. Korang nak tau lebih lanjut, baca la post kat bawah nie.. aku copy paste dari satu blog..


SALAH satu masalah penjagaan anak yang sering dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa masa kini adalah menguruskan anak berkulit ekzema.


Ekzema kanak-kanak atau lebih dikenali ekzema atopik bukan lagi satu nama asing di kalangan masyarakat hari ini. Malah, pakar-pakar dermatologi menyifatkannya ‘penyakit negara perindustrian’ kerana kadar kelazimannya yang kian meningkat di negara maju.
Sebagai penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang untuk bertindak balas terhadap punca alahan, pesakit ekzema sesungguhnya memerlukan penjagaan rapi. Walaupun begitu, ekzema juga boleh berpunca akibat rangsangan persekitaran atau kedua-duanya sekali.
Pelbagai kajian mendapati kira-kira 15 hingga 20 peratus mangsa penyakit kulit ini terdiri daripada kanak-kanak yang telah bersekolah. Biarpun ekzema atopik adalah masalah rumit, sebilangan besarnya boleh diuruskan menerusi kaedah yang betul.


Menurut Pakar Dermatologi Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Sabeera Begum Kader Ibrahim, simptom-simptom awal ekzema yang bermula dari bahagian dahi atau muka boleh merebak ke anggota tubuh yang lain.

Akan tetapi, seiring dengan peningkatan usia, ekzema berkemungkinan ‘menetap’ di satu-satu lokasi tertentu seperti pada bahagian lipatan kulit di kaki atau lengan. Pun begitu, masalah yang sukar dikawal adalah rasa gatal yang berlanjutan sehingga merosakkan kulit?
Apabila situasi seumpama ini berlaku, apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa khasnya mereka yang masih baru atau tidak mengerti dunia ekzema? Pengurusan yang betul sudah semestinya akan memudahkan penjagaan anak yang mengalami kulit seperti ekzema. Berikut adalah beberapa fakta penting untuk ibu bapa menguruskan keadaan kulit anak yang berekzema.

Pengaruh faktor luaran


* Adakah diet memberi sebarang kesan kepada ekzema?


Diet boleh menjadi faktor perangsang ekzema bagi sesetengah bayi dan kanak-kanak. Tetapi jarang sekali ia merupakan punca tunggal. Sekiranya keadaan ekzema anak anda bertambah buruk selepas mengambil makanan tertentu dan ini berlanjutan untuk satu tempoh sehingga tiga bulan, anda patut mendapatkan nasihat doktor.

* Adakah keadaan iklim dan suhu menjejaskan ekzema?


Perubahan suhu (daripada terlampau sejuk kepada terlalu panas) secara tiba-tiba ada kemungkinan memberi kesan kepada kulit. Misalnya, sesetengah pesakit akan memberi tindak balas terhadap matahari manakala bagi yang lain pula cahaya matahari mungkin membantu.


Cara pengurusan ekzema


* Mengapakah penggunaan emolien atau pelembap penting?
Emolien merujuk kepada minyak mandian, pengganti sabun, krim atau pelembap yang boleh digunakan di atas kulit. Emolien penting untuk melembap dan melegakan kulit yang kering dan kemerah-merahan. Ia memberi satu lapisan nipis di atas permukaan kulit bagi mengurangkan kehilangan air dan mencegah kulit daripada menjadi kering. Tambahan pula, kulit yang kering sentiasa terasa gatal. Penggunaan emolien beberapa kali sehari boleh memastikan kulit memperoleh lembapan secukupnya. Tetapi pastikan pesakit ekzema hanya menggunakan pelembap khas untuk keadaan kulitnya.






* Apakah yang perlu diambil perhatian apabila mandi atau membasuh?
Dalam segelintir kes ekzema seperti ekzema atopik, penggunaan krim atau emolien mandian setiap hari adalah penting untuk membersih dan melembapkan kulit. Dapatkan nasihat doktor kerana keadaan kulit setiap individu adalah berbeza. Pastikan juga air mandian adalah suam dan bukannya panas. Produk mandian kosmetik mungkin menyebabkan keadaan ekzema bertambah buruk.

* Adakah minyak mandian antiseptik membantu?


Mungkin membantu untuk sesetengah orang tetapi pastikan ia hanya digunakan untuk satu tempoh masa yang singkat.

* Adakah rawatan steroid luaran membantu?
Ada kalanya jangkitan boleh menyumbang masalah kepada ekzema. Jika keadaan ekzema anda disertai dengan nanah, ini akan menyebabkan ekzema bertambah buruk. Krim steroid boleh mengurangkan keradangan kulit dan membantu menyembuh lapisan halangan kulit.

*Apakah jenis pakaian yang harus dipakai?

Sebaik-baiknya, gunakan pakaian berkain kapas kerana fabrik sintetik boleh menganggu masalah ekzema. Elakkan daripada menggunakan pelembut fabrik untuk pakaian tersebut.
* Adakah binatang peliharaan akan memburukkan lagi keadaan?

Jika tiada haiwan peliharaan dalam rumah, baik jangan beli pun. Sekiranya ada, kurangkan bilangan haiwan dalam bilik. Jangan sesekali biarkan haiwan kesayangan anda tidur di atas katil atau berada di bilik mandi.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...